PERKHIDMATAN KAMI

Servis Makanan & Katering

Kami menyediakan perkhidmatan katering yang lengkap dan bervariasi untuk majlis anda.  Ianya bukan sekadar penyediaan makanan tetapi juga kami turut memberikan khidmat rundingan berkaitan pemilihan menu utama, pemilihan manisan dan juga makanan tambahan lain bagi meraikan tetamu-tetamu anda.  

Dari segi penyediaan makanan pula kami lebih fokus kepada penyediaan makanan untuk majlis-majlis berskala kecil dan sederhana seperti majlis korporat, majlis rumah terbuka hari perayaan, majlis bertunang, majlis harijadi, majlis aqiqah, majlis bersama keluarga dan lain-lain.

Bunga & Penggayaan Meja

Di Dreamaison, kami juga turut menyediakan perkhidmatan hiasan dan dekorasi bilik, meja dan apa sahaja yang berkaitan dengan bunga hidup mahupun bunga tiruan. Penggayaan meja ini contohnya adalah merupakan perkhidmatan yang memberi sentuhan dekorasi untuk meja buffet, meja hidangan anda selain dekorasi untuk meja tetamu VIP dan tetamu yang lain.  Konsep dekorasi ini sudah semestinya dapat memberikan impak lebih berseri dan menarik.  Ianya juga mampu membangkitkan suasana atau mood istimewa dan glamor kepada tetamu yang hadir.

Selain itu, kami turut mengambil tempahan gubahan bunga, bloom box, hamper dan hiasan hantaran tunang dan nikah.

Events

Kami juga turut menganjurkan event makanan terutamanya dan mengalu-alukan kolaborasi dengan mana-mana penganjur majlis yang mencari rakan bisnes untuk menganjurkan event baru.

Kelas

Di Dreamaison, kami turut mengadakan beberapa kelas untuk mereka yang berminat untuk menjalankan perniagaan ataupun sekadar hobi.  

Kelas Teknik Gubahan Jambangan Bunga    

Kelas Bloom Box / Flower Box

Kelas Bunga dan Penggayaan Meja

Kelas Dekorasi Hantaran & Gubahan Bunga Tangan Pengantin

Kelas Baking

Kelas Food Styling Smartphone Photography

www.dreamaison.com
Copyright © 2019 www.dreamaison.com – All rights reserved.

Dreamaison Solutions, (2628560-H) 
Suite 322, C-15, Ground Floor, Jalan Ampang Utama 1/1, Taman Ampang Utama, 68000 Ampang, Selangor.